Penggunaan urutan kata dalam bahasa Perancis dan bahasa Malaysia
Abstract
Tujuan kajian kontrastif ini adalah untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan dalam penggunaan urutan kata dalam ujaran-ujaran bahasa Perancis dan bahasa Malaysia. Urutan kata merupakan satu prosedur sintaksis di antara prosedur-prosedur yang lain (kata-kata fungsional dan kata-kata autonom). Dalam prosedur ini kelinieran
utusan (message) dipergunakan dengan secara langsung. Tetapi kita harus membezakan unsur-unsur yang berturut-turut dengan penggunaan fungsional sesuatu urutan.









