Pengajaran Bahasa Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi selepas 1983
Abstract
Keadaan pengajaran bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi masih perlu diperbaiki untuk menjadi lebih berfungsi kepada negara. lnilah cabaran yang besar kepada sarjana bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi. Sebarang kelemahan dan kekurangan perlulah diatasi, sebarang kebaikan dipertingkat. Dengan segala usaha ini, apakah hasil yang akan dicapai? Usaha-usaha ini mestilah dilihat dalam konteks perancangan bahasa Malaysia secara umum. Perancangan bahasa Malaysia ini hendaklah dipandang sama penting dengan perancangan dalam bidang lain seperti perumahan, pertanian, pembangunan bandar dll. Matlamat perancangan ini akan hanya tercapai apabila semua langkah ini dapat digabungjalinkan dengan pengajaran bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi. Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan dengan teratur dan penuh tanggungjawab. Dengan itu diharapkan bahasa Malaysia mendapat suatu pengertian baru sebagal bahasa Kebangsaan Malaysia. Berjaya atau tidaknya kita dalam menghadapi cabaran ini bergantung pada sama ada kita dapat mengenali dan mengatur langkah-langkah tertentu untuk mencapai matlamat yang kita tentukan untuk bahasa Malaysia selepas 1983 ini.