PENGARUH INDONESIA TERHADAP TEKSTIL DI TERENGGANU PADA ABAD KE-19 INDONESIAN INFLUENCE ON TERENGGANU TEXTILE IN THE 19TH CENTURY

Main Article Content

Arba'iyah Mohd Noor, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya
Norazilawati Abd Wahab, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya

Abstract

Industri tekstil merupakan aktiviti yang mula dirintis oleh masyarakat
Terengganu sejak abad ke-18. Pada ketika itu, tenunan songket adalah
antara tekstil utama yang dihasilkan sehingga Terengganu berjaya
digelar sebagai “Birmingham of the Peninsula†menjelang abad ke-19.
Sejajar dengan perkembangannya, kegiatan perdagangan mula
dijadikan sebagai satu medan untuk mengembangkan industri tekstil.
Pada ketika itu, proses perdagangan di Terengganu mula berlaku
di seluruh Alam Melayu termasuk Indonesia yang melibatkan
beberapa buah wilayah seperti Sumatera, Jawa, Sulawesi dan beberapa
daerah di rantau Melayu-Indonesia. Artikel ini bertujuan untuk
membincangkan tentang kewujudan pengaruh Indonesia terhadap
tekstil Terengganu pada abad ke-19. Metodologi yang digunakan
dalam artikel ialah kaedah kualitatif berdasarkan sumber bertulis
seperti manuskrip, buku-buku dan artikel jurnal. Sumber-sumber ini
diperkukuhkan dengan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat faktor utama yang mempengaruhi tekstil Terengganu
seperti Terengganu sebagai pusat perdagangan dan migrasi penduduk
dari wilayah Indonesia. Dua faktor utama ini telah mempengaruhi
jenis, corak dan kaedah dalam penghasilan tekstil oleh masyarakat tempatan. Pengaruh-pengaruh inilah kemudiannya mula diguna pakai
oleh masyarakat tempatan untuk menghasilkan tekstil yang lebih
berkualiti di Terengganu.
Kata kunci: Indonesia, tekstil, Terengganu, perdagangan, abad ke-19.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, A. M. N., & Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, N. A. W. (2019). PENGARUH INDONESIA TERHADAP TEKSTIL DI TERENGGANU PADA ABAD KE-19: INDONESIAN INFLUENCE ON TERENGGANU TEXTILE IN THE 19TH CENTURY. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 01–27. Retrieved from https://tamilperaivu.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21221
Section
Articles