FENOMENA KARYA SASTERA NOVEL BERDIMENSI ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DALAM MASYARAKAT NUSANTARA

Main Article Content

M. Jandra

Abstract

Tatkala teknologi informasi kian hebat dan lapangan sosial makin terbuka, kini dunia
penulisan mengalami perkembangan pesat. Komuniti sastera bermunculan, penerbitan
buku semakin banyak, demikian pula drama dan film. Melambungnya novel “Ayat-Ayat
Cinta†dan “Laskar Pelangi†yang mencetak penjualan sekitar satu juta salinan
merupakan salah satu fenomena tersendiri bagi dunia sastera di Nusantara.
Filem Ayat-Ayat Cinta serentak diputar di pawagam sejumlah negara di Asia Tenggara
khususnya di negara yang memiliki komuniti Muslim atau Melayu. (Singapura, Malaysia,
Brunei Darussalam, dan lain-lain) Isnin, 24 Mac 2008. Di Malaysia, diputar tiga hari
sudah mengumpulkan sebanyak 1.5 juta penonton. Dalam perkembangannya, banyak
kalangan perfileman dari Singapura, Malaysia, Inggeris, Belanda, Kanada, Jerman, India,
Thailand, Brunei Darussalam, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Korea, dan negara lainnya
yang majoritinya dari Asia ke Indonesia.
Novel yang bersifat inspiratif dan motivatif lebih diterima masyarakat, lebih berkembang
dan lebih disukai kerana mengandungi aspek sosial dan aspek pendidikan. Walaupun
secara sastera, karya tersebut tergolong sastera popular.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Jandra, M. (2020). FENOMENA KARYA SASTERA NOVEL BERDIMENSI ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DALAM MASYARAKAT NUSANTARA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 21(1), 96–110. Retrieved from https://tamilperaivu.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25666
Section
Articles