AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

Main Article Content

Jasni Sulong

Abstract

Sejarah Tanah Melayu menyaksikan negara ini pernah berada di bawah
pelbagai pengaruh politik dan budaya. Kepercayaan kepada animisme
dalam kalangan masyarakat Melayu, penguasaan empayar Hindu,
kedatangan mubaligh Islam, pemerintahan penjajah dan mobilisasi
penduduk antara wilayah telah membentuk identiti tertentu dalam
amalan dan tradisi masyarakat. Pengaruh ini secara tidak langsung turut
mempengaruhi amalan pembahagian harta pusaka masyarakat Melayu.
Justeru, kajian ini bertujuan membincangkan dengan teliti persoalan ini
bagi memberikan gambaran mengenai pengaruh amalan tersebut dalam
masyarakat. Kajian juga akan membincangkan mengenai
perkembangan pengaruh amalan silam dalam kalangan masyarakat
sehingga ke hari ini. Dalam penelitian ini, metodologi kajian akan
merujuk pada bukti-bukti sejarah, peruntukan dalam digest Melayu,
penulisan pegawai kolonial yang pernah menguruskan pembahagian ini
dan laporan-laporan kes. Rumusannya, kajian mendapati bahawa
masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh tradisi silam dan amalan
adat sekalipun mereka telah memeluk agama Islam. Beberapa aspek
amalan yang bercanggah dengan hukum syarak telah dihapuskan secara
beransur-ansur. Namun demikian, masih terdapat beberapa amalan adat
diamalkan sehingga kini, khususnya yang kekal termuat dalam undangundang
bertulis. Oleh itu, untuk memastikan keselarian dengan ajaran
agama, masyarakat Melayu banyak melakukan kaedah muafakat bagi
menyelesaikan konflik dalam pembahagian harta pusaka supaya
pembahagian yang dilakukan selaras dengan kehendak hukum alfaraid. 


Kata kunci: harta pusaka, amalan adat, Masyarakat Melayu, undangundang,
al-faraid

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Sulong, J. (2020). AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 23(1), 99–131. Retrieved from https://tamilperaivu.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25680
Section
Articles