PEMIKIRAN MARZUKI ALI DALAM ‘KHAZANAH SEGALA RIMBUN’ DARI ASPEK TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

Main Article Content

Noor Hazwany Haji Arifin
Noryamisma Ismail

Abstract

Penghasilan puisi yang berunsurkan alam menggambarkan bahawa
penyair begitu dekat dengan kejadian dan peristiwa yang berada di
alam sekelilingnya. Antara penyair yang konsisten memasukkan unsur
alam dalam proses penulisan kreatif adalah Marzuki Ali yang mengajak
pembaca puisinya menghargai alam flora dan fauna. Dalam
penulisannya, kemusnahan dan bencana alam yang berlaku
menggambarkan bahawa manusia tidak menghargai dan menyayangi
alam. Selain itu, kemusnahan alam flora dan fauna menyebabkan
generasi kini tidak mengenali nama sesetengah tumbuhan dan haiwan
yang hampir pupus. Oleh itu, beberapa reaksi telah diberikan mengenai
pemikiran kumpulan puisi Khazanah Segala Rimbun yang dimenangi
Marzuki Ali dalam HSKM 2010/2011. Walaupun begitu, estetika
kumpulan puisi alam tersebut perlu juga dikaji untuk memperkukuhkan
lagi pemikiran Marzuki Ali dalam kumpulan puisi yang ditulis beliau.
Justeru itu, kajian ini akan mengenal pasti, dan menganalisis pemikiran
dalam Khazanah Segala Rimbun karya Marzuki Ali.



Kata kunci: Pemikiran, estetika, kumpulan puisi, alam flora dan fauna.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Haji Arifin, N. H., & Ismail, N. (2020). PEMIKIRAN MARZUKI ALI DALAM ‘KHAZANAH SEGALA RIMBUN’ DARI ASPEK TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 25(1), 136–158. Retrieved from https://tamilperaivu.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25687
Section
Articles