KONSEP KEPENGARANGAN MELAYU TRADISIONAL DAN PERANAN PENCERITAAN

Main Article Content

Norazimah Zakaria

Abstract

Dalam sistem sastera Melayu tradisi, tidak terdapat istilah yang khusus
mengenai makna kepengarangan kerana ia membawa maksud yang
berbeza dengan sistem kepengarangan sastera Melayu moden. Dalam
sistem sastera Melayu tradisi, makna kepengarangan itu boleh
dibezakan dengan peranan pencerita. Berdasarkan kesedaran diri
sastera Melayu tradisi, seseorang pengarang itu berfungsi berdasarkan
peranan penceritaannya yang mana setiap karya yang dihasilkan
mestilah berlandaskan kepada kesedaran mereka tentang sistem sastera
Melayu tradisi. Pengarang sastera tradisi boleh sahaja memilih untuk
melahirkan karya yang bersifat “soothing text†iaitu karya yang boleh
melekakan, melalaikan, menghiburkan ataupun karya yang bersifat
“benefecial text†iaitu karya yang dapat mendidik akal, minda dan jiwa
pembaca serta tidak bersifat melalaikan atau penuh nilai-nilai hiburan
semata-mata. Makalah ini akan membincangkan dua peranan
penceritaan dalang dan dagang di bahagian peranan pengarang Melayu
tradisi berdasarkan model Koster mengenai Idea Buku (Braginsky,
1998: xxviii). Peranan “dalang†biasanya dikaitkan dengan menghibur,
menyebabkan dirinya sentiasa dikaitkan dengan kealpaan, khayalan,
keseronokan yang melekakan yang akhir sekali menyebabkan khalayak
menjadi leka. Peranannya bukan untuk “mengingat†sepertimana
“dagang†tetapi lebih kepada untuk mengenang kembali peristiwa yang
biasanya mementingkan keindahan. Peranan dagang lebih kepada
“fungsi faedah†yang bermaksud untuk memberi nasihat kepada
pembaca tentang tingkah laku di dunia, iaitu dari sudut pandangan
Islam yang benar. Maka dagang lebih berfungsi untuk mengajar dan
mendidik yang bertujuan untuk membangunkan akal.


Kata kunci: Peranan pencerita, dagang, dalang, berfaedah, sastera
tradisional.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Zakaria, N. (2020). KONSEP KEPENGARANGAN MELAYU TRADISIONAL DAN PERANAN PENCERITAAN. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 25(1), 159–179. Retrieved from https://tamilperaivu.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25688
Section
Articles