TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN MAHASISWA/I IPTA DAN IPTS DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA USAGE LEVEL OF MALAY AND ENGLISH BY IPTA AND IPTS STUDENTS IN NATIONAL EDUCATION SYSTEM

Main Article Content

Chew Fong Peng
Zahari Ishak

Abstract

Memasuki era globalisasi, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia semakin tercabar oleh bahasa Inggeris, terutama pada peringkat institusi pendidikan tinggi. Justeru, kajian ini dijalankan ke atas 147 orang mahasiswa/i IPTA dan IPTS di Lembah Klang dan Kuala Lumpur untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara selepas Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan. Dapatan kajian menunjukkan mahasiswa/i beranggapan bahawa bahasa Melayu paling sesuai digunakan sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Agama Islam (min 4.05), manakala bahasa Inggeris paling sesuai berperanan sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan bagi mata pelajaran Perubatan (min 4.41). Sebaliknya mahasiswa/i menganggap bahasa Melayu paling tidak sesuai digunakan dalam mata pelajaran Perubatan sebagai bahasa ilmu (min 2.19), manakala bahasa Inggeris didapati paling kurang sesuai berperanan sebagai bahasa ilmu sebagai mata pelajaran bahasa Inggeris semata-mata (min 2.94). Ujian-t juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada aras p<0.001 antara mahasisiwa/ i IPTA dan IPTS dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa Ilmu dalam sistem pendidikan. Walaupun bahasa Inggeris didapati lebih tinggi tahap kepenggunaannya dalam kalangan mahasiswa/i, kedudukan bahasa Melayu harus dipertahankan sebagai jati diri bangsa Malaysia. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Peng, C. F., & Ishak, Z. (2008). TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN MAHASISWA/I IPTA DAN IPTS DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: USAGE LEVEL OF MALAY AND ENGLISH BY IPTA AND IPTS STUDENTS IN NATIONAL EDUCATION SYSTEM. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 16–36. Retrieved from https://tamilperaivu.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9709
Section
Articles