UNSUR METAFORA DALAM PANTUN: SUATU PENDEKATAN SEMIOTIK

Main Article Content

Noriza Daud

Abstract

Gambaran keindahan pantun jelas terpancar melalui penggunaan ungkapan kias ibarat. Ungkapan kias ibarat ini terkandung dalam penggunaan bahasa yang bersifat figuratif. Pengungkapan madah yang puitis ini menonjolkan ciri keunikan masyarakat Melayu tradisional yang menggunakan bahasa tersurat dalam menyampaikan maksud yang tersirat. Lantaran itu, kita akan menemui penggunaan unsur metafora dalam rangkap pantun. Metafora dalam tulisan ini didefinisikan sebagai pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan (sebagai perbandingan atau kiasan) (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002:886). Dengan kata lain, pemantun lebih cenderung menggunakan lambang-lambang bersifat bukan literal dalam menyampaikan makna

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Daud, N. (2007). UNSUR METAFORA DALAM PANTUN: SUATU PENDEKATAN SEMIOTIK. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 18(1), 120–134. Retrieved from https://tamilperaivu.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9739
Section
Articles